ARTIKEL

Liga Sepak Takraw: Sarawak Hunter sedia gempur

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pasukan Sarawak Hunter cuba menampil aksi terbaik pada kempen Liga Sepak Takraw (STL) 2022/2023 Divisyen 1 yang akan berlangsung dari 19 hingga 23 Jun ini.

Pengurus Pasukan, Hasweera Hassan memberitahu, misi serampang dua mata cuba dipertaruhkan pihaknya disebalik penampilan dalam saingan kali ini.

PENGURUS… Hasweera Hassan.

“Cuba untuk menempatkan diri dalam kelompok tiga terbaik secara keseluruhan, selain mahu menjadikan kejohanan tersebut sebagai landasan untuk pendedahan awal pemain muda.

“Terutama pemain-pemain muda yang berada dalam radar pembikinan skuad untuk menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024,: katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Ujarnya, bersandar kudrat yang mereka ada dengan sentuhan jurulatih berpengalaman, Ridhuan Abdul Manaf beliau yakin mampu membuat kejutan.

Beliau akui inilah peluang pemain untuk merasai pengalaman perlawanan kompetitif sebenar.

Malah, secara tidak langsung dapat meningkatkan mutu permainan masing-masing.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU