ARTIKEL

LIGA SSC-FAS 2021: KC FC II mahu kekal cemerlang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Skuad serba mantap, Kuching City FC II (KC FC II) berazam untuk fokus beroleh kemenangan apabila berdepan Samarahan FA di Stadium Unimas, Kota Samarahan petang esok (Sabtu) pada aksi peringkat Kumpulan Zon Selatan, Liga SSC-FAS 2021.

Sekali gus, mahu mengekalkan rekod tanpa kalah selepas mengharungi tiga perlawanan pusingan pertama sebelum ini.

Pengurus Pasukan Awang Azemi Awang Idris memberitahu, di atas kertas ramai yang berpendapat peluang kemenangan lebih memihak kepada pasukannya.

Akan tetapi, beliau tidak mahu pemain terlalu yakin malah percaya pasukan lawan mampu melakukan kejutan.

“Apa yang penting pemain tidak mengambil mudah perlawanan petang esok kerana segala kemungkinan boleh berlaku,” ujar Awang Azemi kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya, tiga mata mutlak jika berjaya diperoleh akan mengukuhkan cengkaman pasukannya ditangga teratas yang ketika ini menggumpul sembilan mata.

Berbanding Samarahan FC dikedudukan ketiga dengan tiga mata.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU