KUCHING: Ketua jurulatih Kuching City FC, Irfan Bakti Abu Salim menegaskan, kemenangan tetap menjadi buruan pasukannya menjelang pertemuan dengan Kuala Lumpur City FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam esok.
KUCHING: Kemenangan tetap menjadi buruan pasukan Kuching City FC menjelang pertemuan dengan Kuala Lumpur City FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam esok.
Ketua jurulatihnya Irfan Bakti Abu Salim berkata, semangat ini akan terus dicapai meskipun dibayangi kegagalan untuk beroleh sebarang mata sehingga kini.
Katanya, ia bukan alasan untuk terus tertekan sebaliknya beliau percaya musibah berkenaan akan terhakis, lantas mahu menjadikan skuad warga kota itu pentas merealisasikannya.
“Kemenangan tetap menjadi buruan kami. Walaupun ia bukan satu tugas yang mudah, namun saya tetap menaruh kepercayaan kepada pemain semua,” ujar Irfan kepada Arena Suara Sarawak.
Jurulatih berpengalaman luas itu tidak bercadang untuk mengubah percaturan kesebelasan pemain yang ada.
Malah, masih kekal untuk mempertaruhkan kesebelasan sama ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum ini.
“Kesebelasan utama sama ketika menentang JDT seminggu lepas kembali dipertaruhkan,” tambah Irfan lagi.
The City Boys kini masih lagi kekal di tangga ke-12, menggumpul lima mata selepas mengharungi 11 perlawanan.






