KUCHING: Skuad Kuching City FC kekal terperosok di dasar liga selepas tewas tipis (3-2) menentang Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur malam tadi.
Biarpun tersentap dengan gol awal tuan rumah yang dijaringkan Stefano Brundo minit ke-13.
Anak-anak buah Aidil Sharin Sahak tidak hilang fokus, sebaliknya berjaya bangkit untuk menjaringkan dua gol selepas itu menerusi gol dijaringkan Pedro Henrique Cortes Oliveira Gois minit ke-16 dan Abu Kamara minit ke-25.
Bagaimanapun, kelebihan dua gol tersebut gagal dipertahankan apabila barisan kesebelasan utama Tok Gajah berjaya menambah dua lagi gol menerusi Kuvondik Ruziew, Rafael Feital Da Silva minit ke-43 dan ke-62.
Ia merupakan kekalahan ke-16 The City Boys dalam kempen Liga Super 2023 setakat ini, lantas masih gagal untuk keluar dari zon penyingkiran.
Kuching City akan menentang Kedah FC aksi timbal balik saingan Piala Cabaran 2023 di Stadium Darul Aman pada 4 Oktober.



