ARTIKEL

Liga Super 2023: Penamat bergaya buat Kuching City

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Skuad Kuching City FC menutup pentas saingan Liga Super 2023 dengan langkah bergaya, membelasah Negeri Sembilan FC (4-1) pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi.

Sentuhan penyudah hebat empat bintang import dilihat penyumbang tiga mata berharga buat kem kendalian Aidil Sharin Sahak pada perlawanan tersebut.

Bruno De Araujo Dybal menjaringkan dua gol minit ke-44 dan 73. Sambil, dua lagi gol masing-masing disumbang Yuki Tanigawa minit ke-47 dan Pedro Henrique Cortes Oliveira Gois minit ke-55.

Tuan rumah yang terlebih dahulu merobek kubu The City Boys menerusi gol dijaringkan Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi minit ke-4.

Bagaimanapun, kemenangan sulung diperoleh Kuching City malam tadi tidak mengubah kedudukan mereka yang kekal menghuni tangga ke-13 dengan 12 mata.

Mencatat dua kemenangan, 6 kali seri selepas mengharungi 26 perlawanan musim ini.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU