ARTIKEL

LIGA SUPER 2025/2026: Kuching City tetap fokus kemenangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketua Jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak, menegaskan tiga mata mutlak kekal sebagai sasaran pasukannya ketika berdepan Kuala Lumpur di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam esok, Khamis.

Menurut Aidil, keputusan positif jika berjaya diperoleh mampu mengukuhkan kedudukan pasukannya di tangga kedua liga.

“Kita turun berdepan Kuala Lumpur malam esok dengan misi untuk mencetak keputusan positif.

“Saya percaya ia bukan tugas mudah kerana pasukan tuan rumah juga akan berusaha untuk mencetak kemenangan,” ujar Aidil.

Beliau mengakui pasukan lawan kini berada dalam prestasi kemuncak, apatah lagi dengan kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri.

Keadaan itu, katanya, tidak mustahil menjadi cetusan semangat untuk memberi tekanan kepada anak buahnya.

“Apa yang saya harap, pemain dapat mengekalkan tempo dan corak permainan tersusun seperti yang dipamerkan ketika menumpaskan Melaka FC hujung minggu lepas,” tegas Aidil.

Kuching City dan Kuala Lumpur kini berkongsi 24 mata selepas 11 perlawanan.

Namun, kelebihan jaringan gol membezakan kedudukan kedua-dua pasukan. Kuching City berada di kedudukan kedua manakala Kuala Lumpur di tangga ketiga.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU