ARTIKEL

Pemain Kuching City FC, Muhammad Ramadhan Saifuldin (dua kanan), meraikan gol penyamaan hasil tandukan pada saingan Liga Super di Stadium Negeri, Kuching, semalam. - Foto: BERNAMA

Liga Super: Kuching City bangkit ikat Perak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kuching City FC gagal memperbaiki kedudukan selepas terikat 1-1 dengan Perak FC pada aksi Liga Super di Stadium Negeri di Sarawak malam tadi.

Aksi babak pertama perlawanan berlangsung seimbang apabila kedua-dua pasukan berbalas serangan.

Perak membuka tirai gol menerusi Muhammad Firdaus Saiyadi yang menyempurnakan hantaran kemas penyerang import, Clayton Da Silva, pada minit ke-14.

Kuching City berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-71 hasil tandukan padu Muhammad Ramadhan Saifullah Usman yang menewaskan penjaga gol skuad The Bos Gaurus.

Pasukan tuan rumah yang memperoleh suntikan semangat melancarkan serangan bertali arus namun pertahanan Perak terus kental mematahkan setiap serangan hingga wisel tamat ditiup.

Keputusan itu menyaksikan Kuching City kekal di kedudukan keenam liga selepas mengumpul 22 mata, satu mata di belakang Perak di kedudukan kelima. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU