KUCHING: Turun dengan misi mahu mengekalkan momentum kemenangan menjadi fokus utama skuad Kuching City FC berdepan Pulau Pinang di Stadium Bandaraya malam esok (Sabtu).
Ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak menegaskan, bukan suatu tugas yang mudah buat anak-anak buahnya merealisasi misi tersebut mengambil kira pasukan tuan rumah yang berprestasi kemuncak ketika ini.
Namun, Aidil tetap menaruh kepercayaan tinggi terhadap keupayaan barisan pemain yang akan dipertaruhkan pada perlawanan tersebut.
“Perlawanan yang memperlihatkan perbezaan ketara kerana Pulau Pinang mempunyai ramai pemain tinggi.
“Jadi, kita perlu mengelak ‘bola mati’ kerana ia akan memberi kelebihan kepada mereka,” tambah Aidil.
Beliau turut mengharapkan kesebelasan utama yang menjadi taruhannya malam esok akan dapat beraksi serta mengadaptasi strategi yang akan diguna pakai sepanjang perlawanan,” jelasnya.
Menurut Aidil, tiada perubahan besar dalam barisan kesebelasan utama untuk perlawanan malam esok.
Skuad Kuching City kini berada di kedudukan keempat dengan 37 mata.
Berbanding, Pulau Pinang di kedudukan kelapan dengan 19 mata.


