ARTIKEL

TAHAN… Antara suspek yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes memecah masuk sebuah rumah di RPR Batu Kawa baru-baru ini.

Lima ditahan selepas video cubaan mencuri tular di media sosial

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Rakaman cubaan mencuri peralatan kerja milik penghuni sebuah rumah yang tular di media sosial membawa kepada penahanan lima individu dalam tempoh beberapa jam selepas polis melancarkan operasi khas di RPR Batu Kawa, semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Barry William berkata, operasi itu bukan sahaja berjaya memberkas individu yang dipercayai terbabit dalam cubaan mencuri berkenaan malah turut membongkar beberapa kesalahan lain termasuk penyalahgunaan dadah dan pelanggaran imigresen.

Menurutnya, bertindak atas maklumat dan risikan susulan video yang tular itu, sepasukan polis menyerbu sebuah rumah di RPR Batu Kawa kira-kira jam 2.15 petang sebelum menahan tiga lelaki dan seorang wanita.

“Siasatan di lokasi tidak terhenti di situ apabila seorang daripada suspek memandu arah pasukan polis ke sebuah lagi rumah tidak bernombor di kawasan sama yang dipercayai menjadi lokasi persembunyian rakannya.

“Serbuan kedua kira-kira 15 minit kemudian membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Barry berkata, hasil soal siasat awal mendapati dua daripada suspek mengaku terbabit dalam cubaan mencuri peralatan kerja yang sedang disiasat polis manakala seorang daripada mereka turut mengaku mempunyai kaitan dengan satu lagi kes jenayah yang dilaporkan sebelum ini.

TAHAN… Antara suspek yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes memecah masuk sebuah rumah di RPR Batu Kawa baru-baru ini.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut turut membawa kepada penahanan seorang lelaki warga Indonesia berusia 39 tahun yang disyaki berada di negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah, selain mengaku terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

Katanya, dua lagi individu yang ditahan dirujuk ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Padawan untuk menjalani ujian saringan awal air kencing selepas disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

“Hasil ujian saringan mendapati kedua-dua mereka positif methamphetamine/amphetamine sebelum dibebaskan dengan jaminan polis bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Menurut beliau, semakan rekod jenayah turut mendapati salah seorang suspek mempunyai beberapa rekod lampau membabitkan kes samun serta kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata, tiga lagi suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri, dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan kerana cubaan melakukan kesalahan.

Barry berkata, kejayaan operasi itu sekali lagi membuktikan tindakan pantas polis yang disokong maklumat daripada orang awam mampu membantu menyelesaikan kes jenayah dalam tempoh singkat di samping membongkar pelbagai kesalahan lain yang dilakukan suspek.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah