ARTIKEL

LAWAT… Cassidy bersama yang lain semasa melawat beberapa fasiliti Sukan SEA 2027, hari ini. FOTO: FB JABATAN KERJA RAYA SARAWAK

Lima fasiliti sukan Sarawak dinaik taraf hadapi Sukan SEA 2027

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lima fasiliti sukan di Sarawak sedang dinaik taraf dan dibaik pulih secara berperingkat sebagai persiapan menghadapi temasya Sukan SEA 2027 yang dijadualkan berlangsung pada September tahun depan.

Antara fasiliti yang sedang diberi perhatian ialah Stadium Sarawak yang kini mencatatkan kemajuan pelaksanaan 22.55 peratus dan dijangka siap pada Januari 2027, diikuti Stadium Perpaduan dengan kemajuan 13.31 peratus serta dijadualkan siap pada Februari 2027.

Turut terlibat, Arena Lawn Bowl yang dijangka siap pada Januari 2027, Pusat Latihan Wushu yang dijadualkan siap pada Februari 2027 dan Sarawak Lawn Tennis Association (SLTA) yang disasarkan siap pada Mac 2027.

Pengarah Kerja Raya Sarawak, Datuk Dr Cassidy Morris berkata kesemua projek berkenaan sedang dilaksanakan mengikut perancangan bagi memastikan fasiliti terbabit berada dalam keadaan terbaik sebelum digunakan pada temasya berkenaan.

Menurutnya, lawatan itu adalah bagi meninjau perkembangan semasa pelaksanaan projek serta memastikan kerja dilaksanakan mengikut jadual dan spesifikasi ditetapkan.

“Kesemua fasiliti sukan yang terlibat disasarkan siap secara berperingkat dalam suku pertama 2027, lebih awal sebelum berlangsungnya Sukan SEA 2027 pada September.

“Tempoh ini penting bagi membolehkan persiapan akhir dan pemeriksaan dilaksanakan bagi memastikan setiap fasiliti berada dalam keadaan terbaik sebelum digunakan,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke beberapa fasiliti sukan terbabit.

Sehubungan itu, Cassidy memberitahu penyelarasan berkesan antara semua pihak yang terlibat amat penting bagi memastikan projek dapat disiapkan dalam tempoh ditetapkan tanpa menjejaskan aspek kualiti dan keselamatan.

Beliau turut mengingatkan pasukan projek, perunding dan kontraktor supaya mengekalkan momentum pelaksanaan serta mengambil tindakan segera terhadap sebarang isu yang berpotensi menjejaskan kemajuan kerja.

Tegasnya, langkah berkenaan penting bagi memastikan sebarang permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dengan segera dan tidak memberi kesan kepada jadual penyiapan projek.

Penyiapan semua projek dalam suku pertama 2027 dijangka memberi tempoh yang mencukupi kepada pihak berkenaan untuk melaksanakan persiapan akhir, pemeriksaan serta kerja berkaitan sebelum fasiliti digunakan bagi temasya Sukan SEA 2027.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU