ARTIKEL

Kredit: Bernama

Lima maut, 87 hilang selepas kapal terbakar dekat Palawan, Filipina

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MANILA: Sekurang-kurangnya lima orang maut manakala 87 masih hilang selepas sebuah kapal terbakar pada Rabu di perairan berhampiran kawasan tumpuan pelancong di Wilayah Palawan, Filipina, menurut pengawal pantai tempatan pada Khamis, lapor Xinhua.

Kebakaran berlaku pada petang Rabu ketika kapal itu membawa 117 penumpang dan 17 anak kapal, kira-kira 1.2 batu nautika dari pantai Perbandaran Coron, menurut pengawal pantai tempatan.

Seramai 42 orang berjaya diselamatkan.

Rakaman video yang dikongsi pengawal pantai di media sosial menunjukkan kapal berkenaan dijilat api sepenuhnya.

Menurut laporan media tempatan, kapal itu berlepas dari Manila menuju ke Coron sebelum kebakaran berlaku.

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan. — Bernama

BERITA LAIN

Ratusan rakyat Indonesia gempur kerajaan

JAKARTA: Ratusan rakyat Indonesia berkumpul di tengah Jakarta pada Rabu bagi membantah kesukaran ekonomi, rasuah dan cara kerajaan mengendalikan kebakaran hutan teruk yang menyebabkan jerebu

BERITA TERBARU

Patrick Stewart Meninggal Dunia

Dunia seni lakonan antarabangsa kehilangan seorang legenda apabila pelakon tersohor Britain, Sir Patrick Stewart, meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Los Angeles,

Tiga lelaki ditan

MUKAH: Tiga lelaki peranak menua beumur entara 24 nyentuk 26 taun ditan pengudah ditemu positif dadah bansa methamphetamine ba Operasyen Begulai Nagang Penyah t i