ARTIKEL

Lima maut serangan di akademi tentera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KABUL: Serangan bunuh diri menyasarkan akademi tentera di ibu negara Afghanistan awal Selasa membunuh sekurang-kurangnya lima orang, iaitu serangan besar pertama dalam beberapa bulan di bandar itu.

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab bagi serangan pada waktu subuh itu, yang berlaku selepas hampir tiga bulan keadaan tenang di Kabul. Kementerian Pertahanan berkata, lima orang terbunuh manakala sekurang-kurangnya enam lagi cedera.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri mengatakan enam mati, melibatkan dua orang awam dan empat anggota tentera, selepas seorang pengebom berani mati meletupkan alat letupan sekitar 7 pagi.

Manakala 12 mangsa lain cedera, kata jurucakap kementerian Nasrat Rahimi dalam satu kenyataan. Letupan berlaku berhampiran akademi tentera Marshal Fahim, tempat anggota tentera menjalani latihan ketenteraan.

Sumber keselamatan yang enggan namanya didedahkan memberitahu AFP, penyerang itu berjalan kaki ketika dia menyasarkan sebuah kenderaan berhampiran pos pemeriksaan ketika memasuki akademi tersebut.

Presiden Ashraf Ghani melabelkan pengeboman itu sebagai ‘jenayah terhadap manusia’ sambil mengulangi gesaan beliau menerusi gencatan senjata di seluruh negara.

Sementara itu, jurucakap Taliban Zabihullah Mujahid berkata beliau tidak menyedari dakwaan bagi pengeboman dan bekata pihak pemberontak akan menyiasat insiden itu. – AFP

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha