ARTIKEL

Lima menteri dikuarantin tidak jejas pentadbiran negeri – Abang Johari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pentadbiran kerajaan Sarawak tidak terjejas biarpun lima anggota Kabinet negeri itu, termasuk dua orang timbalan ketua menteri, diarahkan untuk mengkuarantinkan diri mereka di rumah, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini.

Katanya kemajuan teknologi komunikasi masa kini membolehkan kesemua menteri terlibat meneruskan tanggungjawab mereka biarpun terpaksa mematuhi arahan kuarantin selama 14 hari selepas mereka didapati mempunyai kontak rapat dengan seorang yang disahkan positif COVID-19.

“Kami masih berhubung menggunakan teknologi… badan saja ke lain (tetapi) mereka punya hati semua sudah bekerja,” katanya dalam sidang media selepas majlis penyampaian simbolik bantuan makanan untuk penduduk luar bandar di Miri, di utara Sarawak.

Menteri-menteri negeri yang dikuarantin itu ialah Timbalan Ketua Menteri I Datuk Amar Douglas Uggah Embas; Timbalan Ketua Menteri II Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan; Menteri Utiliti Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom; Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah; dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Abang Johari berkata sebelum ini, Menteri Muda Pengangkutan Datuk Dr Jerip Susil, disahkan positif COVID-19 dan kini menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak.

BERITA LAIN

SKS 2026 Sri Aman sasar lebih 100,000 pengunjung

SIMANGGANG: Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Sri Aman membuka tirainya hari ini di Kompleks Sukan Sri Aman dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan dan aktiviti kepada

BERITA TERBARU

SKS 2026 Sri Aman sasar lebih 100,000 pengunjung

SIMANGGANG: Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Sri Aman membuka tirainya hari ini di Kompleks Sukan Sri Aman dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan dan aktiviti kepada