ARTIKEL

JASA DIKENANG… Kelima-lima mereka menerima pengiktirafan melalui penganugerahan Pingat Perkhidmatan Bakti Sarawak (PBS) secara anumerta sempena Sambutan Hari Lahir ke-80 Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini.

Lima petugas Perkhidmatan Doktor Udara dikurnia pingat secara anumerta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pemergian mereka meninggalkan kedukaan buat keluarga dan insan tersayang, namun jasa serta pengorbanan lima individu yang terkorban ketika menjalankan tugas terus dikenang menerusi pengurniaan Pingat Pegawai Bintang Sarawak (PBS) secara anumerta.

Lima penerima berkenaan ialah mendiang Alexon Adit Henry, mendiang Debra Moset, mendiang Jessie Paya Jok, Almarhumah Dr. Ainul Baraah Kamarudin serta Almarhum Zainol Afiq Bee Sham.

Mereka antara 1,350 penerima darjah kebesaran Negeri Sarawak 2026 sempena sambutan Hari Lahir ke-80 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini.

Pengurniaan pingat berkenaan menjadi penghormatan kepada sumbangan mereka, meskipun kelima-limanya tidak lagi berpeluang menerima sendiri pengiktirafan itu.

Mereka terkorban dalam nahas helikopter di Long Lellang, Ulu Baram, bulan lepas ketika menjalankan tugasan Perkhidmatan Doktor Udara yang membawa perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di kawasan pedalaman Sarawak.

Dalam tragedi itu, Alexon bertugas sebagai penolong pegawai perubatan, Dr. Ainul Baraah sebagai pegawai perubatan, Debra dan Jessie sebagai jururawat, manakala Zainol Afiq pula juruterbang helikopter berkenaan.

Pengorbanan mereka mencerminkan dedikasi petugas yang menjalankan tanggungjawab demi memastikan penduduk pedalaman mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan, meskipun berdepan cabaran geografi dan perjalanan yang sukar.

Walaupun mereka telah tiada, pengurniaan PBS secara anumerta daripada Kerajaan Sarawak menjadi tanda penghargaan atas jasa yang ditinggalkan.

Bagi keluarga, rakan sekerja dan masyarakat, pengiktirafan itu bukan sekadar anugerah, malah lambang bahawa pengorbanan insan tersayang akan terus dikenang.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

Tambah Kekerapan Penerbangan dari Sibu

SIBU: Kerajaan Sarawak diminta untuk memperkukuh perkhidmatan penerbangan dari Sibu, khususnya laluan ke Kuching, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu apabila kumpulan kedua pesawat tiba untuk

BERITA TERBARU

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

Tambah Kekerapan Penerbangan dari Sibu

SIBU: Kerajaan Sarawak diminta untuk memperkukuh perkhidmatan penerbangan dari Sibu, khususnya laluan ke Kuching, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu apabila kumpulan kedua pesawat tiba untuk