ARTIKEL

Ibrahim ketika menjawab soalan ADUN Ngemah, Anyi Jana, pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Persidangan DUN Sarawak, hari ini.

Lima rumah panjang Ngemah terima bekalan elektrik mulai 2027

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak lima rumah panjang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ngemah bakal menerima bekalan elektrik menerusi Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (RES) secara berperingkat bermula suku pertama 2027.

Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy dan PETROS), Datuk Ibrahim Baki berkata, projek berkenaan akan memberi manfaat kepada 82 isi rumah.

“Sejak 2020, sebanyak 49 rumah panjang melibatkan 751 isi rumah di kawasan Ngemah telah menerima bekalan elektrik menerusi Projek RES Last Miles,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Ngemah, Anyi Jana, pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Persidangan DUN Sarawak, di sini, hari ini.

Mengulas kos pelaksanaan Projek RES Last Miles di DUN Ngemah, Ibrahim berkata sebanyak RM13.1 juta diperuntukkan bagi tujuan berkenaan.

Beliau turut menjelaskan pelaksanaan projek penyambungan bekalan elektrik di kawasan itu berdepan beberapa cabaran utama.

“Antara cabaran utama ialah mendapatkan kebenaran laluan, keadaan topografi yang mencabar serta kesukaran mengakses tapak projek,” tambahnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU