ARTIKEL

Lima warga asing ceroboh perairan Miri ditahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Lima individu warganegara asing ditahan susulan penahanan polis terhadap sebuah kapal nelayan jenis tunda di kedudukan 5 Batu Nautika Tanjung Baram, sekitar jam 5.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, kesemua suspek ditahan oleh Unit Risikan Marin (URM) dan Botronda PSC 44 Markas Taktikal Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Miri.

Menurutnya, kegiatan haram kapal terbabit dikesan ketika melakukan rondaan Op Taring Kontraban dan Op Taring Pensura.

“Hasil pemeriksaan terhadap juragan kapal mendapati telah melanggar syarat lesen menangkap ikan di bawah 12 batu nautika dengan melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.

“Kesemua suspek termasuk juragan merupakan warga asing dan tiada maklumat tentang umur mereka,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak, hari ini.

IKAN…Hasil yang terdapat di dalam kapal terbabit dianggarkan bernilai RM231,000 dirampas

Hasil tangkapan itu katanya, Polis bertindak merampas kapal terbabit dianggarkan bernilai RM270,000 dan hasil tangkapan laut dianggarkan bernilai RM231,000.

Katanya, nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM272,310.

“Semua barang rampasan dan tangkapan diserahkan kepada pegawai penyiasat Jabatan Perikanan Miri untuk siasatan dan tindakan lanjut,” ujarnya.

BERITA LAIN

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.