ARTIKEL

The Tourism Authority of Thailand (TAT) on Wednesday officially unveiled international artist Lalisa “Lisa” Manobal of Blackpink as the Amazing Thailand Ambassador.

Lisa Blackpink Bakal Bintangi Filem Original Netflix Baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEOUL: Lisa daripada kumpulan wanita K-pop BLACKPINK bakal menerajui menerajui filem original Netflix baharu, menurut platform penstriman global itu pada Jumaat, lapor Agensi Berita Yonhap.

“Lisa akan membintangi sebuah filem komedi romantik Netflix baharu yang diinspirasikan daripada filem ‘Notting Hill’,” menurut kenyataan ringkas platform itu di X, merujuk kepada filem 1999 yang menampilkan Julia Roberts dan Hugh Grant.

Netflix turut memaklumkan yang filem berkenaan ditulis oleh Katie Silberman, yang pernah menghasilkan skrip Booksmart dan Set It Up. Tajuk filem serta tarikh tayangan masih belum ditentukan.

Lisa memulakan debut sebagai anggota BLACKPINK pada 2016 dan memulakan kerjaya lakonannya pada Februari tahun lalu menerusi penampilan dalam musim ketiga siri HBO yang memenangi anugerah, The White Lotus.

Ketika ini, beliau juga sedang menjalani penggambaran filem aksi original Korea Netflix, “Tygo”, sebuah karya sampingan daripada “Extraction” (2020), bersama Ma Dong-seok, yang juga dikenali sebagai Don Lee, dan Lee Jin-uk.- BERNAMA-YONHAP

BERITA LAIN

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan