PENYANYI K-Pop, Lisa Blackpink mendedahkan bahawa telur dadar atau khai jiao ialah menu kegemarannya.
Ia mencetuskan fenomena di Thailand apabila penyanyi itu berkongsi perkara tersebut menerusi sesi temu bual Spotify, baru-baru ini.
Susulan itu, peniaga di Thailand memberitahu telur dadar jualannya mendapat permintaan tinggi sejak pendedahan Lisa tersebut.
“Sebelum ini, saya hanya jual enam biji telur sehari dan saya kerja seorang diri.
“Tapi selepas video Lisa tular ramai yang datang ke gerai sampaikan saya kena ambil pekerja,” kata salah seorang peniaga.
Malah, peniaga tersebut turut menjemput Lisa makan secara percuma di kedainya sebagai tanda terima kasih.



