ARTIKEL

Andrew

LLRC harap RUU Pekerja Gig diluluskan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persatuan Hubungan Pekerja-Pekerja (LLRC) menzahirkan kekecewaan terhadap sikap pemain industri yang dilihat cuba melengah-lengahkan  pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025.

Timbalan Presidennya, Andrew Lo berkata, tindakan syarikat besar yang pada awalnya mendakwa menyokong usaha kerajaan untuk melindungi pekerja gig kini jelas menunjukkan pendirian bercanggah.

“Mereka pada mulanya menyatakan sokongan kononnya bagi menyediakan jaringan keselamatan lebih baik, namun akhirnya beralih nada dengan alasan kurang konsultasi bersama dengan pihak berkepentingan.

“Lebih mengecewakan, mereka menimbulkan ketakutan dengan mendakwa kos akan meningkat dan inovasi terjejas, sedangkan tiada penilaian risiko jelas dikemukakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, penentangan paling ketara ialah cadangan caruman mandatori seperti Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang amat penting untuk kebajikan pekerja gig.

“Pemandu e-hailing dan penghantar makanan ialah kumpulan paling terdedah kepada risiko kemalangan jalan raya. Tetapi platform penyedia perkhidmatan mahu menangguhkan caruman wajib ini.

“Persoalannya, mengapa majikan tradisional diwajibkan membuat caruman sedangkan penyedia platform gig mendapat kelebihan kompetitif dengan mengelak tanggungjawab yang sama?” tegasnya.

“Tindakan mereka bersandarkan kepada momokan dan dakwaan tidak berasas. Revolusi digital dan ekonomi gig tidak seharusnya hanya menguntungkan syarikat besar dengan mengorbankan pekerja dan pengguna,” tambahnya.

Sehubungan itu, LLRC menyeru semua ahli politik sama ada kerajaan atau pembangkang memastikan RUU Pekerja Gig 2025 diluluskan pada sidang Parlimen kali ini.

BERITA LAIN

Isu warga emas bukan masalah keluarga semata-mata

KUCHING: Sudah dibenarkan keluar hospital, namun masih tidak dapat pulang ke rumah kerana tiada ahli keluarga tampil mengambil atau menguruskan kepulangan mereka. Itulah antara situasi

BERITA TERBARU

Isu warga emas bukan masalah keluarga semata-mata

KUCHING: Sudah dibenarkan keluar hospital, namun masih tidak dapat pulang ke rumah kerana tiada ahli keluarga tampil mengambil atau menguruskan kepulangan mereka. Itulah antara situasi