KUCHING: Adun Batu Kitang Lo Khere Chiang memberitahu bersedia untuk mempertahankan kerusinya pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) yang akan tiba tidak lama lagi.
Menurutnya, sepanjang lima tahun berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut, pelbagai usaha pembangunan telah dilaksanakan bagi membantu penduduk dan berharap ia dapat diteruskan pada masa akan datang.
“Atas keprihatinan dan keadilan daripada kerajaan GPS, banyak projek dan perubahan yang dilakukan untuk membangunkan kawasan Batu Kitang bagi memudahkan urusan penduduk setempat,” jelasnya.
Penolong Setiausaha Publisiti dan Penerangan itu berkata demikian pada sidang media selepas penyerahan cek UNIFOR kepada Ketua Tokong Xi Fan Shi Fu, Lai Sen Fah, di sini, hari ini.
Sementara mengenai pembubaran DUN, beliau berkata atau lambat PRN-12 tetap perlu dijalankan bagi mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang akan memimpin kelak.

