ARTIKEL

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban

Logo JIM pada kenderaan disiasat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sedang menyiasat penggunaan logo jabatan pada sebuah kenderaan yang dipercayai dipandu warga asing seperti tular di media sosial.

Menurut Bernama, Ketua Pengarah JIM Datuk Zakaria Shaaban berkata semakan awal mendapati kenderaan berkenaan bukan milik atau aset rasmi jabatan.

Beliau berkata penggunaan logo JIM pada kenderaan itu dipandang serius kerana boleh menimbulkan kekeliruan dan salah tanggapan dalam kalangan masyarakat.

Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu terlibat serta tujuan penggunaan logo berkenaan, manakala tindakan sewajarnya akan diambil jika terdapat pelanggaran undang-undang.

JIM turut menegaskan tidak akan berkompromi terhadap penyalahgunaan logo atau identiti jabatan yang boleh mengelirukan orang ramai atau menjejaskan imej serta integriti jabatan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan