ARTIKEL

Julaihi bersama yang lain melihat Loji Rawatan Air Basong, hari ini.FOTO: MOHD ALIF NONI

Loji Air Basong Fasa 3 siap 2028

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Projek pembinaan Loji Rawatan Air Basong Fasa 3 kini mendahului jadual dan dijangka siap sepenuhnya pada September 2028, sekali gus meningkatkan kapasiti sistem bekalan air di Bahagian Mukah.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, projek bernilai kira-kira RM243.98 juta itu dibiayai sepenuhnya Kerajaan Sarawak dan dimulakan pada September 2025.

BERUCAP: Julaihi semasa berucap dalam lawatan tersebut.FOTO: MOHD ALIF NONI

“Projek ini melibatkan pembinaan loji rawatan air baharu berkapasiti 60 juta liter sehari (MLD), selain pemasangan saluran paip air mentah sepanjang 18 kilometer berdiameter 1,000 milimeter.

“Dengan siapnya projek ini, kapasiti keseluruhan sistem bekalan air Mukah dan kawasan sekitar akan meningkat, selain membantu menangani isu bekalan air yang dihadapi penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada lawatan ke Loji Rawatan Air Basong, di sini, hari ini.

Menurutnya, Mukah mempunyai 11 loji rawatan air, dengan Loji Rawatan Air Basong mencatatkan kapasiti pengeluaran 60 MLD.

Julaihi ketika melawat tapak projek pembinaan Loji Rawatan Air Basong Fasa 3.FOTO: MOHD ALIF NONI

Katanya, kapasiti sedia ada dilihat mencukupi untuk keperluan semasa, namun peningkatan kapasiti diperlukan bagi menampung pertambahan permintaan pada masa hadapan susulan pembangunan pesat di bahagian berkenaan.

Julaihi berkata, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak akan terus memantau pelaksanaan projek bagi memastikan kerja pembinaan mengikut perancangan dan tempoh ditetapkan, selaras dengan usaha kerajaan memperluas liputan bekalan air terawat yang stabil dan berdaya tahan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU