ARTIKEL

Lombak Colop: Larian Obor Meriahkan Malam Ramadan Di Sri Aman 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Oleh Ammar Shafiq Hamzah

SRI AMAN: Kelibat sekumpulan pemuda berlari sambil membawa obor diiringi sorakan penyokong setia di sepanjang jalan menampilkan keunikan kampung-kampung sekitar Sri Aman bersempena dengan malam-malam terakhir bulan Ramadan.

Tradisi dikenali sebagai “Lombak Colop” itu menghidupkan suasana malam dengan cahaya obor dan laungan sokongan sekali gus mencipta kemeriahan seakan-akan pertandingan maraton.

Ahli Dewan Undangan Negeri Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor berkata tradisi itu menyerupai konsep relay race atau pass the baton, dengan peserta berlari membawa obor yang menyala sebelum menyerahkannya kepada peserta seterusnya.

Beliau berkata perlumbaan itu tradisi yang diwarisi turun-temurun dan bermula sejak tahun 1980-an.

“Acara ini diadakan setiap tahun di kawasan Sri Aman… kami meneruskan tradisi ini bagi mengekalkan warisan yang ditinggalkan oleh generasi terdahulu.

“Selain itu, objektif program ini adalah untuk mengeratkan silaturahim di kalangan penduduk kampung, termasuk jiran-jiran dari kampung lain… acara ini juga dianjurkan khusus untuk belia memandangkan kini mereka lebih cenderung bermain permainan komputer dan bersifat introvert… larian ini merupakan satu aktiviti sosial yang sihat,” katanya kepada Bernama.

Dayang Noorazah berkata demikian selepas menghadiri pertandingan Lombak Colop anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Kampung Hulu, Jalan Pasir Panas di sini malam tadi.

Mengulas mengenai pertandingan itu, beliau berkata sebanyak tiga kategori dipertandingkan dengan jarak larian berbeza.

“Di Kampung Hulu, kami ada kategori kanak-kanak, dewasa dan terbuka… sebagai contoh, kategori kanak-kanak malam ini melibatkan larian sejauh 400 meter.

“Faktor keselamatan turut diambil kira dan kami telah mendapatkan permit daripada pihak polis,” katanya. — BERNAMA 

BERITA LAIN

ICQS Biawak: Kajian siap hujung tahun ini

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak masih dalam penelitian menerusi kajian kemungkinan Pelan Induk Pembangunan Kawasan Sempadan Sarawak. Menteri

BERITA TERBARU

ICQS Biawak: Kajian siap hujung tahun ini

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak masih dalam penelitian menerusi kajian kemungkinan Pelan Induk Pembangunan Kawasan Sempadan Sarawak. Menteri