ARTIKEL

Datuk Wee Hong Seng melawat tapak projek dan kawasan jalan yang sering berlaku banjir kilat.

Longkang baharu dijangka kurangkan banjir kilat — Wee

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) mempergiat usaha menangani masalah banjir kilat berulang di kawasan pusat bandar, khususnya di Jalan Padungan, Jalan Chan Chin Ann dan Jalan Abell.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng berkata, cadangan berkenaan membabitkan pembinaan kira-kira 200 meter longkang kotak konkrit bertetulang berukuran 1.2 meter lebar dan 1.2 meter dalam.

Menurutnya, kerja terbabit turut merangkumi pengukuran, pemindahan utiliti sedia ada jika diperlukan, pemulihan jalan raya dan laluan pejalan kaki serta pengurusan trafik dan keselamatan.

“Infrastruktur baharu itu dijangka meningkatkan kapasiti sistem perparitan bagi menampung aliran air hujan yang lebih tinggi serta menyediakan sistem saliran yang lebih berkesan dan boleh dipercayai,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, kerja mitigasi banjir di Jalan Padungan dan Jalan Chan Chin Ann bertujuan meningkatkan kapasiti serta kecekapan sistem perparitan sedia ada yang tidak lagi mampu menampung jumlah air hujan tinggi ketika hujan lebat.

Menurutnya, usaha berkenaan perlu mengambil kira keadaan kawasan pusat bandar yang telah lama dibangunkan, termasuk jalan raya, bangunan, laluan pejalan kaki, perniagaan dan utiliti bawah tanah.

“Kami mahu memastikan apa yang dilakukan benar-benar berkesan dan memberikan penambahbaikan berkekalan, bukannya sekadar memindahkan masalah banjir dari satu lokasi ke lokasi lain,” katanya.

Datuk Wee berkata, selepas perunding memuktamadkan pelan serta dokumentasi teknikal, MBKS akan meneruskan proses tender bagi pelaksanaan projek mitigasi banjir berkenaan.

Beliau turut memohon pemahaman orang ramai dan komuniti perniagaan apabila kerja pembinaan bermula kerana pengaturan trafik sementara serta beberapa kesulitan mungkin tidak dapat dielakkan.

Katanya, MBKS akan menyelaras langkah yang diperlukan bagi meminimumkan gangguan kepada pengguna jalan raya dan perniagaan di kawasan sekitar.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU