ARTIKEL

LORI HANGUS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Anggota bomba memadam kebakaran yang melibatkan sebuah lori membawa muatan diesel di Jalan Ulu Sebauh, pagi tadi.

BINTULU : Seorang pemandu lori yang membawa muatan diesel mengalami cedera ringan selepas lori yang dipandunya terbakar di Jalan Ulu Sebauh, pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat kejadian pada jam 8.25 pagi.

“Sebaik menerima panggilan kecemasan, sepasukan anggota dan pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu bergegas ke kawasan kejadian.

“Maklumat awal mendapati sebuah lori membawa muatan diesel terbakar 100 peratus di bahagian kepala,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, pemandu lori yang dikenali sebagai Saong Anak Lunsa,35, mengalami cedera ringan dan berjaya dikeluarkan orang awam sebelum dirujuk ke Hospital Bintulu menggunakan pengangkutan awam.

Pasukan bomba, kemudiannya, bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan satu aliran 200 kaki yang sumber buih air diperolehi dari jentera bomba.

Setelah api berjaya dipadam dan keadaan didapati benar- benar selamat, pasukan bomba bertolak balik ke BBP Bintulu, ujarnya.

 

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU