ARTIKEL

CEDERA… Mangsa yang cedera berjaya dikeluarkan daripada kenderaannya oleh anggota bomba malam tadi.

Lori langgar pokok, dua lelaki cedera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua lelaki cedera dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori yang melanggar sebatang pokok di RH Park, Batu 9, dekat sini, malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.56 malam.

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Sentosa bersama Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) Siburan segera dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira lapan kilometer dari balai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

PGO menambah, jentera bomba tiba di lokasi pada 11.04 malam dan mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori yang dipercayai terbabas sebelum melanggar sebatang pokok.

Katanya, dua mangsa lelaki dewasa yang terlibat dalam insiden tersebut, namun tidak tersepit.

“Mangsa masing-masing merupakan lelaki berusia 21 dan 26 tahun mengalami kecederaan.

“Pasukan bomba membantu mengeluarkan kedua-dua mangsa sebelum mereka dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut menggunakan jentera EMRS dan ambulans.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 12.32 tengah malam,” katanya.

Turut berada di lokasi kejadian ialah pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi membantu mengawal keadaan serta siasatan lanjut.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU