ARTIKEL

Kemalangan melibatkan dua lori di Bukit Begunan dekat Kilometer 45, Jalan Sri Aman-Kuching, awal pagi tadi.

Lori rempuh lori diparkir di bahu jalan dekat Bukit Begunan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMANGGANG: Sebuah lori yang sedang bergerak menuju ke arah Kuching terlanggar sebuah lori yang diparkir di bahu jalan dekat Bukit Begunan di Kilometer 45, Jalan Sri Aman-Kuching, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superintendan Mathew Manggie, berkata kemalangan itu berlaku sekitar jam 2.30 pagi.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah lori yang bergerak dari Betong menuju ke arah Kuching semasa menuruni Bukit Begunan tiba-tiba ternampak lori yang parkir di bahu jalan.

“Pemandu cuba mengelak namun gagal, lalu melanggar bahagian tepi sebelah kanan lori yang diparkir,” katanya.

Beliau memaklumkan kejadian itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, kedua-dua lori mengalami pelbagai kerosakan pada bahagian kiri dan kanan.

Kedua-dua pemandu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mathew mengesahkan bahawa kes itu disiasat lanjut di bawah Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU