ARTIKEL

Foto JBPM

Lori sawit terbakar di Pan Borneo Bintulu-Miri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Sebuah lori yang membawa muatan buah sawit terbakar pada bahagian tayar di Batu 8, Lebuhraya Pan Borneo Bintulu-Miri, pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima panggilan kecemasan pada 7.31 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong dengan bantuan BBP Bintulu digerakkan ke lokasi.

Setibanya di lokasi, pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula dengan sumber air daripada tangki Water Tanker BBP Bintulu. Anggota turut memadam kebakaran pada muatan buah sawit bagi mengelakkan api marak semula.

Menurut TVS, kebakaran berjaya dikawal pada 8.05 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 8.47 pagi selepas lokasi disahkan selamat.

Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat