ARTIKEL

Royston (tiga kiri) menyampaikan surat kelulusan SPK Tellian Tengah Fasa 1 kepada salah seorang penerima dalam majlis penyerahan, semalam.

Lot kediaman diterima perlu dijaga, bukan dijual – Dahari Anis Penguasa Tanah dan Survei Mukah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Penerima lot kediaman di Skim Pembesaran Kampung (SPK) Tellian Tengah Fasa 1 diingatkan untuk tidak menjual lot tersebut.

Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Mukah, Dahari Anis berkata, lot yang diterima perlu dijaga dengan sebaik mungkin.

“Penerima perlu ingat niat awal semasa memohon dahulu iaitu untuk membina dan memiliki rumah kediaman sendiri,” katanya.

RAKAM KENANGAN…Royston merakam kenangan bersama yang lain dalam majlis tersebut.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyerahan Surat Kelulusan SPK Tellian Tengah Fasa 1, Mukah dan Cek Pampasan Tanah Dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Tellian, di Dewan Persidangan Tingkat 1, Menara Pehin Setia Raja, di sini, semalam.

Sehubungan itu, katanya, kos penyediaan setiap lot adalah sekitar RM120,000 sehingga RM150,000 yang mana pembinaan infrastruktur telah bermula pada September 2024 dan dijangka siap pada September 2026.

Jelasnya, bagi kerja lapangan setakat 3 Disember lalu mencapai 3.72 peratus iaitu melebihi 0.14 peratus daripada 3.58 peratus jadual sebenar.

Di samping itu, beliau turut memberi penjelasan mengenai SPK dan penukaran Lesen Pendudukan Sementara (TOL) kepada surat hak milik tanah serta kerja lapangan yang dilaksanakan di bawah SPK Tellian Tengah Fasa 1.

Justeru, Dahari berharap agar usaha murni pihak kerajaan dalam memastikan rakyat Sarawak mendapat fasiliti dan infrastruktur ini menjamin sosioekonomi penduduk setempat.

Dalam pada itu, ADUN Tellian Royston Valentine menyempurnakan majlis ini dengan menyerahkan kepada 109 penerima surat kelulusan tersebut dan dua penerima cek pampasan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU