ARTIKEL

JUARA... Pemain Footsaltypo FT selaku juara merakam gambar sebagai kenangan bersama Royston Valentine (berdiri ditengah).

LSK MUKAH 2026: Footsaltypo FT ungguli acara futsal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Pasukan Footsaltypo FC cemerlang apabila merangkul gelaran juara acara futsal lelaki sempena Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Bahagian Mukah 2026.

Pilihan popular itu menumpaskan Sesuka FT dengan jaringan (2-0) pada aksi final yang berlangsung Dewan Sukan Tertutup Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) Mukah hujung minggu lalu.

Kejayaan itu membolehkan barisan pemain Footsaltypo FT membawa pulang wang tunai RM500, piala dan pingat.

NAIB JUARA… Pasukan Sesuka FT.

Sambil, wang tunai RM300 dan pingat diterima pemain Sesuka FT selaku naib juara.

Lebih manis kedua-dua pasukan terbabit akan mewakili Bahagian Mukah LSK Peringkat Sarawaj 2026 yang akan berlangsung di Kuching pada 18 hingga 19 Julai depan.

Dalam pada itu, pasukan Lucu FT dan Saberkas Uniteh yang tewas diperingkat separuh akhir masing-masing menerima wang tunai RM200 beserta pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh ADUN Telian, Royston Valentine.

LSK Mukah 2026 berlangsung selama sehari (13 Jun) dianjur oleh Kementerian Belia Dan Sukan dengan kerjasama Nabulae FC.

Sebanyak 16 pasukan mewakili pelbagai kelab turut serta dalam saingan terbabit.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU