ARTIKEL

Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Wan Abdul Rahman Hamdan dinobatkan sebagai pelumba ASEAN terbaik pada perlumbaan Le Tour de Langkawi 2025 peringkat kedua (Padang Besar-Kepala Batas) sejauh 163 kilometer hari ini.

LTdL 2025: Rantai putus tidak halang Achik raih kedudukan keenam peringkat kedua

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KEPALA BATAS: Pelumba Terengganu Pro Cycling (TSG) Wan Abdul Rahman Hamdan berjaya menamatkan perlumbaan peringkat kedua perlumbaan jelajah berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) dari Padang Besar ke Kepala Batas hari ini meskipun rantai basikalnya tertanggal pada dua kilometer terakhir.

Wan Abdul Rahman atau dikenali sebagai Achik berkata beliau bangkit untuk mengejar pelumba lain bagi menamatkan perlumbaan pada kedudukan keenam dengan catatan masa tiga jam 29 minit 59 saat (s) untuk muncul pelumba terpantas dari Asia hari ini, sekali gus meraih gelaran pelumba terbaik Malaysia dan ASEAN.

“Untuk kedudukan tadi dua kilometer terakhir Achik cuba ikut pelumba Astana tetapi terlepas sebab ada ahli pasukannya himpit dan rantai basikal Achik terjatuh.

“Jadi Achik naikkan balik rantai dan memang banyak guna tenaga untuk kejar pelumba lain dan berjaya dapat jadi pelumba peringkat Asia terbaik hari ini,” katanya ketika ditemui selepas perlumbaan.

Ditanya mengenai peringkat ketiga esok, beliau mengakui laluan mendaki dari Gerik menuju ke Pasir Puteh bakal menjadi cabaran besar buat dirinya dan pasukan. 

Bagaimanapun beliau optimistik rakan sepasukan mampu mengharungi peringkat pendakian khususnya Vadim Pronskiy, Mathias Bregnhoj dan Adne Van Engelen yang dijangka menjadi sandaran TSG.

“Esok saya cuba mencari kedudukan selamat di Bukit Gerik. Kalau terlepas, saya akan cari kumpulan besar untuk sampai ke penamat,” katanya. — BERNAMA

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

BERITA TERBARU

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan

Bina impian anak Sarawak

SETIAP kali Belanjawan Sarawak dibentangkan, perhatian masyarakat lazımnya tertumpu pada angka peruntukan, projek pembangunan dan pelan ekonomi negeri. Namun, ukuran sebenar kejayaan sesebuah belanjawan bukan