SETIAP kali Belanjawan Sarawak dibentangkan, perhatian masyarakat lazımnya tertumpu pada angka peruntukan, projek pembangunan dan pelan ekonomi negeri.
Namun, ukuran sebenar kejayaan sesebuah belanjawan bukan sekadar pada besarnya angka yang diumumkan, tetapi sejauh mana manfaatnya mengubah kehidupan rakyat.
Dalam Belanjawan Sarawak 2027 yang dibentangkan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Isnin lalu, penekanan terhadap sektor pendidikan memperlihatkan satu mesej penting iaitu masa depan anak Sarawak merupakan pelaburan jangka panjang yang tidak boleh diabaikan.
Bagi keluarga berpendapatan rendah, pendidikan bukan sekadar laluan memperoleh sijil atau ijazah. Pendidikan ialah harapan untuk mengubah kehidupan, memecahkan lingkaran kemiskinan dan membuka ruang kepada generasi muda membina masa depan yang lebih baik. Justeru, sokongan kerajaan dalam pendidikan membawa makna yang jauh lebih besar daripada bantuan kewangan semata-mata.
Antara inisiatif utama ialah Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) dengan peruntukan RM200 juta. Skim ini membuka peluang kepada pelajar melanjutkan pengajian di institusi milik negeri, manakala pelajar daripada keluarga B40 yang memenuhi syarat turut menerima bantuan elaun RM15,000 setahun. Kos keseluruhan skim ini dianggarkan mencecah RM1 bilion.
Bayangkan bagi seorang anak petani di pedalaman yang selama ini menyimpan impian untuk melanjutkan pengajian ke universiti, kekangan kewangan sering menjadi tembok yang sukar ditembusi, walaupun anak itu mempunyai keputusan akademik yang baik.
Apabila beban yuran dikurangkan, peluang untuk mengubah nasib melalui pendidikan menjadi lebih terbuka. Inilah nilai sebenar bantuan membina masa depan.
Setiap kali Belanjawan Sarawak dibentangkan, perhatian masyarakat lazımnya tertumpu pada angka peruntukan, projek pembangunan dan pelan ekonomi negeri. Namun, ukuran sebenar kejayaan sesebuah belanjawan bukan sekadar pada besarnya angka yang diumumkan, tetapi sejauh mana manfaatnya mengubah kehidupan rakyat.