MALUKU: Ibu dan dua anak perempuannya dari desa Haria, kecamatan Saparua, Kabupaten Maluku Tengah, Indonesia maut selepas makan telur ikan buntal.
Memetik tribunnews.com, dalam kejadian yang berlaku pada Selasa 5 Mac itu, tiga beranak berkenaan makan telur ikan buntal yang digoreng sehari sebelumnya oleh suami Leny.
Ketua Polis Saparua, AKP Yakob Walalayo, dipetik berkata, selepas makan telur ikan itu, Leny dan anaknya Keisya ke sungai, manakala Chrismen tinggal bersama bapanya di rumah.
Menurut Yakob, beberapa ketika kemudian Chrismen yang tinggal di rumah mengadu lemah.
Sekitar jam 09.40 WIT, penduduk setempat pula membawa Leny dan anaknya Keisya pulang ke rumah dalam keadaan lemah.
Ketiga-tiga mangsa dikejarkan ke hospital dan dirawat pasukan perubatan kira-kira jam 10.00 WIT.
Bagaimanapun, dua jam selepas dirawat, ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia.
Suami mangsa menerima kematian isteri dan dua anak perempuannya sebagai ketentuan takdir Serta menolak bedah siasat dilakukan.






