ARTIKEL

Lubuk dadah diserbu, 23 orang dicekup di Miri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Tiga wanita antara 23 individu yang ditahan polis di sebuah rumah kilang di sini, Selasa lalu kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata, serbuan dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Miri di Piasau Utara di sini, sekitar jam 7 petang.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di tingkat atas menjumpai satu peket plastik berisi ketulan kristal disyaki dadah syabu dengan berat kasar 0.86 gram dan seorang suspek. “Pasukan juga menahan tujuh suspek yang berada di tingkat bawah rumah kilang tersebut.

“Hasil pemeriksaan di tingkat itu pula menemui 14 peket plastik masing-masing berisi ketulan kristal disyaki syabu seberat 4.45 gram di atas kaunter berhampiran pintu grill besi,” katanya dalam satu kenyataan.

Turut ditangkap dalam operasi mulai jam 5 hingga 6.30 petang itu adalah 15 individu yang datang ke rumah kilang tersebut, dipercayai pelanggan dan disyaki terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dadah.

Kesemua suspek dibawa balik ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Miri untuk tindakan lanjut. Saringan awal mendapati semua suspek berusia 19 hingga 45 tahun positif dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ABD) 30/52 dan Seksyen 15(1) ABD 30/52.

BERITA LAIN

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.