ARTIKEL

Screenshot

LUNA MAYA terima lamaran Maxime Bouttier

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PELAKON, Luna Maya mengukir senyuman di wajah peminat apabila beliau menerima lamaran pelakon, Maxime Bouttier.

Menerusi laman Instagram miliknya, pasangan merpati dua sejoli itu memuat naik gambar-gambar indah yang kelihatan seperti adegan dalam drama cinta.

Suasana dalam gambar-gambar tersebut kelihatan lebih romantik apabila dipenuhi dengan bunga sakura di belakang, menunjukkan lamaran tersebut berlaku di Tokyo, Japan.

Selain itu, turut kelihatan Maxime menyarungkan cincin di jari manis Luna, yang melambangkan permulaan baharu dalam kehidupan seharian mereka.

Dalam kapsyen hantaran tersebut, Luna menerima lamaran pasangannya dengan hati yang gembira.

“Dengan hati yang penuh cinta, saya katakan ‘Ya untukmu, untuk perjalanan indah yang kita lakarkan bersama-sama, selamanya’,” katanya dengan teruja.

Untuk rekod, pasangan romantik ini sudah menjalinkan hubungan selama dua tahun, sebelum meneruskan hubungan ke peringkat seterusnya.

BERITA LAIN

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU