ARTIKEL

IPU di Sarawak setakat 4 petang hari ini.

Lundu catat IPU tertinggi di Sarawak dengan bacaan 173

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Keadaan jerebu di Sarawak terus merosot apabila sembilan kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 4 petang hari ini, meningkat daripada tujuh kawasan pada sebelah pagi.

Keadaan itu menunjukkan kualiti udara kembali merosot selepas beberapa hari lalu apabila semua kawasan di negeri ini merekodkan bacaan IPU di bawah paras 100 atau pada tahap sederhana.

Berdasarkan bacaan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak, Lundu mencatat bacaan tertinggi iaitu 173, diikuti Lubok Antu (166), Serian (165), Sri Aman (161) dan Kuching (160).

Turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Mukah dengan 154, Samarahan (135), Bintulu (130), Sibu (129) dan Tebedu (112).

Dalam pada itu, lapan kawasan masih merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana iaitu antara 51 hingga 100.

Kawasan berkenaan ialah Sarikei dengan bacaan 98, Samalaju (92), ILP Miri (85), Lawas (85), Miri (82), Limbang (74), Kapit (70) dan Bario (61).

Berdasarkan skala IPU, bacaan antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana.

Justeru, orang ramai khususnya golongan berisiko tinggi dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan mengurangkan aktiviti luar ketika kualiti udara berada pada tahap tidak sihat.

Kanak-kanak, warga emas serta individu yang mempunyai masalah kesihatan terutama berkaitan jantung dan paru-paru juga perlu lebih berhati-hati sekiranya keadaan jerebu berterusan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU