ARTIKEL

“Macam mimpi.” Suri rumah menang emas RM15,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: “Macam mimpi.” Itu yang terlintas di fikiran seorang suri rumah selepas diumumkan sebagai pemenang hadiah utama Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Sarikei berupa gelang emas bernilai kira-kira RM15,000.

Martini Jaafar Sidek, 42, berkata kemenangan itu sesuatu yang langsung tidak pernah dibayangkan ketika berkunjung ke tapak program berkenaan, malah kehadirannya pada mulanya sekadar memenuhi permintaan anaknya.

Menurutnya, setibanya di lokasi, dia mengambil peluang menyertai E-Peraduan QR Code dengan mengimbas kod yang disediakan, sebelum mendaftar dan menjawab soalan berkaitan maklumat dipamerkan pelbagai jabatan serta agensi kerajaan.

“Saya masih rasa macam bermimpi kerana langsung tidak menyangka boleh memenangi hadiah utama ini.

“Saya anggap kemenangan ini sebagai rezeki buat keluarga dan sesuatu yang sangat bermakna,” katanya.

Gelang emas seberat 20 gram itu menjadi kenangan istimewa buat Martini yang tidak menyangka kunjungannya ke program berkenaan bertukar menjadi detik paling bertuah buat dirinya dan keluarga.

E-Peraduan QR Code SKS 2026 Bahagian Sarikei menawarkan keseluruhan 82 hadiah kepada pengunjung yang menyertai peraduan serta memenuhi syarat ditetapkan sepanjang tempoh penganjuran program.

Selain menawarkan peluang memenangi hadiah menarik, inisiatif berkonsepkan digital itu turut menjadi medium bagi orang ramai mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan, bantuan, inisiatif dan program kerajaan.

Kapsyen: Tan Sri William Mawan menyampaikan hadiah kepada Martini sambil diperhatikan Datuk Len Talif Salleh dan tetamu lain.

BERITA LAIN

Integriti Perlu Jadi Pegangan Utama Penjawat Awam

MUKAH: Integriti perlu menjadi pegangan utama setiap penjawat awam bagi memelihara kepercayaan rakyat dengan perkhidmatan awam serta memastikan tugas dilaksanakan dengan amanah, telus dan bertanggungjawab.

BERITA TERBARU

Integriti Perlu Jadi Pegangan Utama Penjawat Awam

MUKAH: Integriti perlu menjadi pegangan utama setiap penjawat awam bagi memelihara kepercayaan rakyat dengan perkhidmatan awam serta memastikan tugas dilaksanakan dengan amanah, telus dan bertanggungjawab.