Macron bakal berdepan mogok besar-besaran

PARIS: Perkhidmatan kereta api dibatalkan, sekolah ditutup: Perancis bergelut untuk membuat pelan kecemasan pada Selasa ekoran mogok secara besar-besaran terhadap pembaharuan skim pencen yang menimbulkan cabaran terbesar terhadap pemulihan reformasi Presiden Emmanuel Macron.

Pekerja kereta api dan metro Paris memulakan mogok pada Khamis.

Protes  mereka disokong oleh kakitangan perbankan secara meluas mengatakan rancangan pembaharuan itu nanti menghendaki berjuta-juta orang untuk bersara atau berdepan pengurangan pencen.

Mogok itu ialah ekspresi ketidakpuasan terkini majoriti masyarakat Perancis, daripada anggota polis dan anggota bomba hingga kepada guru dan pekerja hospital, serta gerakan “jaket kuning” yang sekian lama menuntut penambahbaikan taraf hidup.

Kali terakhir cubaan untuk melakukan perubahan utama terhadap sistem pencen pada 1995 menyaksikan mogok berminggu-minggu melumpuhkan negara itu dan memaksa kerajaan untuk membatalkannya.

“Ketidakpuasan sosial sekarang menjadi lebih kuat berbanding 1995,” menurut Bernard Thibault, bekas pemimpin CGT semasa protes 24 tahun lalu.

Metro Paris terjejas teruk apabila 11 daripada 16 rangkaian perkhidmatannya di bandar raya ditutup sepenuhnya Khamis, dengan hanya dua laluan automatik beroperasi sepenuhnya seperti biasa.

Pengendali kereta api SNCF berkata 90 peratus kereta api berkelajuan tinggi TGV serta kereta api wilayah di seluruh negara akan dibatalkan, sementara perkhidmatan antarabangsa seperti Eurostar dan Thalys mungkin mengalami ganggunan teruk.

Air France membatalkan satu per tiga daripada penerbangan domestiknya untuk hari Khamis apabila pengawal trafi k udara mengadakan mogok. Selain itu, 15 peratus penerbangan jarak pertengahan ke bandar di luar negara juga dibatalkan. – AFP

PHILIPPE Martinez (tengah) ketua kesatuan pekerja CGT Perancis, semasa mogok pekerja hospital di
Paris pada November, mengatakan pembaharuan pencen kerajaan sebagai “provokasi palsu”.