ARTIKEL

SEORANG wanita menyejukkan dirinya menggunakan kipas lipat di perhentian bas dengan skrin di sebelahnya menunjukkan suhu 37 darjah Celsius semasa gelombang haba melanda Madrid.-AFP

Madrid batal tayangan awam Piala Dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MADRID: Kebimbangan terhadap suhu ekstrem pada Piala Dunia FIFA 2026 yang sedang berlangsung bukan hanya terhad kepada negara tuan rumah Amerika Syarikat (AS), Mexico dan Kanada, malah Sepanyol turut berdepan keadaan cuaca yang sangat panas, lapor Xinhua.

Dewan Bandaraya Madrid membatalkan acara tayangan awam perlawanan Piala Dunia antara Sepanyol dan Arab Saudi pada Ahad di Plaza de Colon berikutan suhu ekstrem.

Madrid dan sebahagian besar Sepanyol mula mengalami hari pertama gelombang haba yang dijangka berlanjutan selama empat hari pada Ahad, dengan Agensi Meteorologi Sepanyol (AEMET) meletakkan ibu negara itu di bawah amaran jingga.

Suhu dijangka mencecah 39 darjah Celsius pada waktu sepak mula perlawanan pada 6 petang waktu tempatan.

Gelombang haba itu dijangka berterusan sehingga Rabu, dengan suhu diramal mencecah 41 darjah Celsius di Madrid dan setinggi 43 darjah Celsius di bandar Bilbao di utara negara itu.

Pembatalan tersebut dibuat ekoran kebimbangan mengenai cuaca ekstrem yang kian meningkat sepanjang Piala Dunia. Malah, isu kesan suhu tinggi terhadap prestasi dan keselamatan penonton turut hangat dibincangkan oleh para pemain, jurulatih, serta pihak penganjur.- Bernama-Xinhua

BERITA LAIN

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU

16 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

TAWAU: Kira-kira 16 rumah kayu musnah dalam kebakaran di Lorong Fook Hwa, Batu 2, Jalan Apas, malam semalam. Ketua Zon Tawau Jabatan Bomba dan Penyelamat