ARTIKEL

MAHKAMAH PERSEKUTUAN TOLAK PERMOHONAN NAJIB SEMAK KES SRC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 4-1 hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyemak semula sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Keputusan majoriti itu dibacakan oleh hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Vernon Ong Lam Kiat.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli yang mempengerusikan panel lima hakim itu membuat keputusan bertentangan.

Anggota panel lain ialah hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan serta hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais.

Najib, 69, yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun itu di penjara Kajang, memohon untuk membatalkan keputusan yang dibuat oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada 23 Ogos tahun lepas.

Najib dalam permohonan semakannya, memohon pembebasan atau pendengaran semula rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan.

Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, yang kini hakim Mahkamah Rayuan, telah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada Najib bagi setiap tiga pertuduhan pecah amanah dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram, serta penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, jika gagal penjara lima tahun, dalam kes penyalahgunaan jawatannya.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak.

Pada 8 Disember 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan menolak rayuan Najib mengetepikan sabitan dan hukuman penjara serta denda itu.

– Bernama

BERITA LAIN

Kertas siasatan kes pembunuhan Nur Farah hampir siap

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah kini hampir siap dan dijangka diserahkan kepada Timbalan Pendakwa

BERITA TERBARU

J.K Rowling penulis bertaraf jutawan

MENGELUH itu perkara biasa. Tetapi jika asyik mengeluh, ia menunjukkan ada perkara yang tidak kena terhadap diri kita. Begitu juga apabila sering mengalami kegagalan dalam

Pengulas e-sukan wanita, Reezpiupiu mahir tiga bahasa

KUALA LUMPUR: Kerjaya pengulas e-sukan kebiasaannya dikuasai oleh kaum lelaki di Malaysia, namun Siti Nurizati Jefree, 23, berjaya memecahkan dominasi berkenaan dengan keunikan tersendiri yang dimilikinya.

Kejohanan catur uji kepantasan berfikir

KUCHING: Seramai 80 peserta menyertai Kejohanan Catur Pantas H&L yang dianjurkan oleh Kelab Prihatin Belia Bandaraya Kuching dengan kerjasama Persatuan Catur Negeri Sarawak di Eco

Sarawak punyai keupayaan simpan karbon

KUCHING: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) melancarkan Pusingan Bidaan Sarawak (SBR) 2024, satu inisiatif utama yang bertujuan memanfaatkan geologi tersendiri Sarawak untuk Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan