ARTIKEL

Gambar Hiasan

Main Judi Tepi Kedai, Lelaki Didenda RM1,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan didenda RM1,000 atau penjara dua minggu oleh Mahkamah Majistret hari ini kerana bermain judi dalam talian di tempat awam.

Christopher, 21, yang berasal dari Serian mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan.

Mengikut pertuduhan, dia melakukan kesalahan itu di sebuah kedai runcit di Jalan Kuching-Serian sekitar jam 10.10 pagi pada 29 Julai lepas.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan polis yang menjalankan Op Dadu telah menyerbu kedai runcit tersebut kerana disyaki terdapat aktiviti perjudian dalam talian.

Semasa serbuan, pihak polis memperkenalkan diri kepada seorang lelaki yang sedang duduk di sebuah meja di kaki lima kedai itu sebelum membuat pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan membawa kepada penemuan satu unit telefon bimbit yang mengandungi unsur perjudian dalam talian.

Turut dirampas daripada tertuduh ialah telefon bimbit, wang tunai RM50 dan sekeping kertas yang tertera nama pengguna dan kata laluan untuk akaun judi.

Laporan pakar mengesahkan telefon bimbit milik tertuduh mengandungi aplikasi judi dalam talian.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU