ARTIKEL

Mainan politik kotor cemar imej Malaysia baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Politik kotor berkaitan video lucah mencemarkan imej Malaysia baharu.

Pensyarah Kajian Politik dan Pemerintahan Unimas Dick Lembang Dugun berkata, mainan politik kotor bermodalkan video lucah hanya merugikan negara.

“Ini amat merugikan negara sekiranya yang berlaku hanya tohmahan atau fitnah.

“Malah, lebih merugikan apabila individu yang dikaitkan dengan politik kotor seorang pemimpin yang berkaliber tetapi dianiaya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Suara Sarawak mengulas isu video seks sejenis antara Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan seorang individu yang didakwa mirip wajah Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Terdahulu, memetik laporan portal The Star, selepas tular dua klip video seks sejenis yang didakwa kedua-dua individu terbabit pada 12 Jun lalu, muncul pula video berkenaan dalam laman YouTube versi penuh menerusi laman pornografi, Pornhub.

Video bertajuk No Way dalam Youtube itu dipercayai dimuat naik lewat malam Selasa.

Justeru, Dick menggesa agar undang-undang dikuatkuasakan atau digubal untuk mengekang perkara terbabit terus berlaku.

“Undang-undang dikuatkuasakan atau digubal agar perkara sebegini tidak berulang. Pada saya, ketepikan politik sebegini,” jelasnya.

Tegas Dick, pemimpin dan ahli politik perlu bekerja untuk menambah baik ekonomi negara.

“Ini adalah untuk kesejahteraan rakyat,” ujarnya.

BERITA LAIN

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan

1,350 penerima darjah kebesaran Sarawak

KUCHING: Yang Dipertua Dewan Negara, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi mendahului penerima Darjah Kebesaran Negeri

BERITA TERBARU