KUCHING: Majlis Anugerah Gemilang dan Penghargaan Industri Pembinaan Negeri Sarawak menyaksikan 11 syarikat menerima anugerah sempena Persidangan Tiga Dalam Satu.
Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Michael Tiang Ming Tee diwakili ADUN Batu Kitang, Datuk Ir Lo Khere Chiang berkata penerima anugerah hari ini merupakan contoh terbaik bagaimana dedikasi, inovasi dan kepatuhan kepada prinsip ini mampu mengubah landskap pembinaan.
“Mereka merupakan teladan yang menunjukkan hal yang boleh dicapai apabila kepakaran digabungkan dengan komitmen atas kecemerlangan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Anugerah Gemilang dan Penghargaan Industri Pembinaan Negeri Sarawak di Pusat Konvensyen Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), hari ini.
Anugerah yang disampaikan melibatkan Anugerah Terbaik QLASSIC Sesi 2023 hingga 2024 yang dimenangi oleh Song Kau Construction Sdn Bhd diikuti dengan Anugerah Terbaik SHASSIC Sesi 2023 hingga 2024 yang dimenangi oleh China Communications Construction Company (M) Sdn Bhd dan Anugerah Terbaik IBS Sesi 2024 pula diraih oleh Welfield Servicesw Sdn Bhd.
Selain itu, Anugerah Terbaik MyCREST Sesi 2024 dianugerahkan kepada Riaplus Sdn Bhd, manakala Anugerah Terbaik SCORE Sesi 2024 pula diberikan kepada Hock Peng Engineering Sdn Bhd dan Anugerah Terbaik MCORE Terbaik Sesi 2024 pula diterima oleh Tatai Mas.
Seterusnya, Jabatan Kerja Raya Negeri Sarawak merangkul dua anugerah iaitu Anugerah Penghargaan Komitmen QLASSIC Sesi 2024 dan Anugerah Penghargaan Komitmen BIM Sesi 2024.
Di samping itu, Anugerah Penghargaan Komitmen SHASSIC dimenangi oleh Sarawak Energy Berhad, diikuti Anugerah Penghargaan Perakuan Pematuhan Standard Tempatan Pertama dan Aktif 2024 yang dirangkul oleh Ceramica Indah Sdn Bhd.
Manakala, Anugerah Penghargaan Komitmen Program Kompetensi Kemahiran (PKK) Sesi 2024 di bawah Akademi Binaan Malaysia diraih oleh MBEC Jawala Consortium Sdn Bhd di CIDB Negeri Sarawak, Sinohydro Corporation (M) Sdn Bhd di Pejabat Cawangan Sibu, PDNT Engineering Sdn Bhd di Pejabat Cawangan Bintulu dan Kimlun Sdn Bhd pula di Pejabat Cawangan Miri.
Di bawah CIDB Technologies Sdn Bhd pula diterima oleh KSM Innovation Sdn Bhd.
Sementara itu, Penyampaian Sijil Penghargaan Jawatankuasa Pembinaan Sibu Sesi 2022 hingga 2024 turut disampaikan kepada beberapa penerima.




