ARTIKEL

Majlis graduasi tadika dibenarkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBNS) Sarawak telah memberi kebenaran kepada pihak taska dan tadika melaksanakan majlis graduasi.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, walaupun majlis graduasi bertujuan untuk mengiktiraf murid-murid terbabit berjaya menamatkan pendidikan awal dan ia dibenarkan oleh JPBNS, majlis tersebut perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Pihak tadika terutamanya perlu mengambil kira mengenai tempat yang akan digunakan nanti dan jumlah bagi anak-anak termasuk guru dan ibu bapa perlu terhad.

“Mengenai kapasiti kehadiran bagi majlis sosial dan rasmi ini, ia perlu 50 peratus daripada jumlah individu yang boleh ditampung oleh ruang majlis,” katanya selepas membuat pemantauan operasi di Taska SeDidik Perdana Kuching, hari ini.

Ujarnya, kebenaran majlis tersebut turut merangkumi pematuhan terhadap aspek menjaga penjarakan sosial, menggunakan topeng muka, sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan keperluan untuk melakukan operasi nyah cemar di dewan atau bilik tersebut.

Ujar beliau, memandangkan kita masih berhadapan dengan wabak pandemik Covid-19, majlis graduasi tersebut mestilah tidak melebihi satu jam setengah dan perlu dilaksanakan untuk perkara asas sahaja.

“Kebiasaanya, majlis graduasi anak-anak ini akan mempunyai majlis persembahan untuk dipersembahkan kepada ibu bapa bagi melihat potensi mereka dalam bidang masing-masing namun buat masa sekarang, ia tidak perlu dilaksanakan.

“Ia hanya perlu dilaksanakan untuk acara pemberian sijil di pentas dan jika ibu bapa ingin mengambil gambar bersama anak-anak mereka, ia dibenarkan,” jelasnya.

Dalam pada itu, bagi ibu bapa yang tidak mahu menyertai dan menghantar anak-anak mereka ke majlis graduasi tersebut, Fatimah menjelaskan bahawa tidak ada paksaan bagi mereka malah ia juga tidak akan menimbulkan sebarang masalah kepada mereka.

BERITA LAIN

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali