KUCHING: Kelab Penyokong Liverpool FC Kuching (KPLK) akan mengadakan Majlis Makan Malam Ulang Tahun 1 penubuhan kelab terbabit.
Setiausaha KPLK, Dennis Steven memberitahu, program berkenaan dijadual berlangsung pada 19 September depan disalah sebuah hotel terkemuka bandar ini.
Menurut Dennis, lebih 100 orang dijangka hadir bagi memeriahkan majlis makan malam itu kelak.
“Dijangka lebih 100 orang terdiri dari penyokong tegar pasukan Liverpool akan turut serta menjayakan majlis makan malam itu nanti.
“Kebanyakan mereka dari seluruh Sarawak termasuk dari Sabah yang turut mengesahkan penyertaan memeriahkan majlis itu,” ujar Dennis kepada Arena Suara Sarawak.
Beliau berkata, pihaknya masih mengalu-alu penyokong Liverpool untuk turut sama menyerikan malam penuh bersejarah itu nanti.
“Individu yang ingin turut serta dan mahu mengetahui sebarang keterangan lanjut, boleh melayari email rasmi kelabpenyokongliverpoolkuching@gmail.com,” tambah Dennis.



