ARTIKEL

Timbalan Pengerusi MPS, Kaunselor Mohammad Abdullah Izkandar Roseley.

Majlis Perbandaran Sibu pertimbang penutupan laluan pintas kemalangan maut di Jalan Lada

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) sedang menimbang untuk menutup laluan pintasan di Jalan Lada di sini di mana kemalangan maut kerap berlaku.

Langkah ini dirancang bagi meningkatkan keselamatan serta mengurangkan risiko kemalangan di kawasan tersebut, yang telah dikenal pasti sebagai lokasi berbahaya.

Timbalan Pengerusi MPS, Kaunselor Mohammad Abdullah Izkandar Roseley, berkata kajian awal mendapati kebanyakan kemalangan di kawasan itu berpunca daripada kecuaian pemandu.

Oleh itu, pihak MPS berpendapat bahawa menutup pintasan ini adalah langkah yang lebih selamat, dengan alternatif pusingan U di persimpangan lampu isyarat berdekatan sebagai jalan keluar bagi pengguna.

“Reka bentuk jalan di selekoh ini menyukarkan pemasangan lampu isyarat yang efektif.

“Justeru, kami mencadangkan penutupan laluan pintasan ini untuk mengurangkan risiko kemalangan,” ujar Izkandar di sini hari ini.

Beliau menambah bahawa langkah ini sedang dipertimbangkan dengan teliti.

Dengan langkah tersebut, MPS berharap ia dapat memberi impak positif kepada keselamatan awam dan kualiti hidup di sini.

Pada Isnin lalu, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun maut di laluan pintasan tersebut setelah dia bertembung dengan sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita warga emas berusia 73 tahun.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 6 pagi itu menimbulkan pelbagai reaksi warganet, khususnya masyarakat Sibu, yang kesal dengan kejadian itu dan menganggap laluan pintasan itu sebagai sangat merbahaya.

Tidak kurang juga yang mempersoalkan kecuaian pengguna jalan raya yang mengabaikan faktor keselamatan.

Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong, Datuk Seri Tiong King Sing, turut mengingatkan pengguna jalan raya untuk lebih berhati-hati dan mematuhi peraturan lalu lintas, khususnya ketika menggunakan laluan pintasan itu.

Beliau juga mencadangkan agar pintasan itu ditutup bagi keselamatan semua orang. 

BERITA LAIN

Impian besar Kupang Strike

SABTU depan, Kampung Kupang Hilir di Saratok bakal mencipta satu lagi kenangan tersendiri apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pertandingan memancing yang dinamakan

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU

Impian besar Kupang Strike

SABTU depan, Kampung Kupang Hilir di Saratok bakal mencipta satu lagi kenangan tersendiri apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pertandingan memancing yang dinamakan

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan