ARTIKEL

Dr. Richard serta tetamu lain bergambar kenangan bersama-sama para pemenang sempena FTLA kali ke-35 Peringkat Zon Tengah Sarawak di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, malam tadi.

Majlis Seni Sarawak jayakan festival seni dan budaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Kumpulan Sibu D Tari dinobatkan sebagai johan kategori tarian sempena Festival Tari dan Lagu Melayu Asli (FTLA) kali ke-35 Peringkat Zon Tengah yang berlangsung di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, malam tadi.

Naib johan menjadi milik Canda Kirana, diikuti ASTALA di kedudukan ketiga.

Sementara untuk pertandingan kategori lagu Melayu asli, Noorainina Safiah Ahmad Zaidi muncul juara wanita, manakala Mohamad Nizam Jamil dinobatkan sebagai johan kategori lelaki.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Ahli Parlimen Betong, Datuk Dr. Richard Rapu, mewakili Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu.

Dalam ucapan perasmian, FTLA edisi ke-35, katanya, bukan sekadar platform mencungkil bakat baharu, malah berperanan memperkukuh perpaduan masyarakat melalui seni dan budaya.

“Festival ini sekali lagi membuktikan bahawa warisan seni budaya terus mendapat tempat di hati masyarakat dan wajar diteruskan sebagai wadah penyatuan generasi kini dan akan datang,” katanya.

Selain itu, jelasnya, festival berjaya menyerlahkan bakat baharu dalam bidang seni suara dan tarian apabila berlangsung penuh meriah.

Festival anjuran Majlis Seni Sarawak (MSS) itu menyaksikan penyertaan peserta dari pelbagai kawasan Zon Tengah Sarawak yang tampil dengan persembahan memukau, sekali gus memartabatkan seni budaya tradisional Melayu di negeri ini.

Residen Bahagian Betong, Richard Michael Abunawas; wakil Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Seni Sarawak, Easter Melebeh; Temenggong Masyarakat Cina Bahagian Betong, Kueh Tu Teck; serta Temenggong Masyarakat Melayu Bahagian Betong, Piee Alwi, turut hadir sama.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU