ARTIKEL

Abdul Karim bersama-sama tetamu lain merakam gambar kenangan seusai sidang media Makan Malam Amal Legenda di Bangunan Baitulmakmur II.

Makan Malam Amal Legenda himpunkan artis Sarawak dan tanah air

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Majlis Makan Malam Amal Legenda menjanjikan malam penuh nostalgia yang meraikan gabungan bakat seni Sarawak bersama ikon legenda tanah air.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kerjasama itu sekali gus menggambarkan kekayaan warisan budaya bersama.

“Kami berbesar hati menganjurkan acara hiburan berprestij seperti ini, khususnya di Miri, sebuah bandar yang sememangnya menarik kehadiran ramai pelawat dari Brunei Darussalam dan kawasan sekitarnya.

“Acara ini dijangka memberi rangsangan signifikan kepada ekonomi pelancongan Miri dan secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Sarawak secara keseluruhan.

“Kami mengalu-alukan kerjasama sedemikian dan berharap acara seumpama ini dapat diteruskan bagi melonjakkan industri pelancongan serta memberikan penghormatan sewajarnya kepada artis legenda yang telah meninggalkan kesan mendalam dalam landskap muzik Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Makan Malam Amal Legenda di Bangunan Baitulmakmur II, di sini, hari ini.

Abdul Karim turut merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur atas visi dan inisiatif mereka membawa acara tersebut ke Sarawak.

“Dedikasi penganjur untuk menghormati legenda muzik negara amat dikagumi dan saya yakin malam itu akan menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh semua yang hadir.

“Pada masa sama, acara ini memenuhi matlamat utamanya untuk memberikan pengiktirafan dan penghormatan yang sewajarnya kepada legenda industri muzik negara,” katanya.

Beliau turut berharap acara itu menjadi permulaan kepada lebih banyak penganjuran produksi hiburan bertaraf dunia pada masa hadapan, selaras dengan visi menjadikan Sarawak sebagai destinasi utama budaya, seni persembahan dan pelancongan di peringkat global.

Majlis itu akan berlangsung di Tebingan Sungai Pullman, Miri pada 4 Julai 2026 dengan menampilkan persembahan Datuk Zainal Abidin, Datuk Jamal Abdillah, Datuk Khatijah Ibrahim dan Datuk Ramli Sarip, dengan iringan Norshila Amin.

Turut membuat persembahan ialah tiga penyanyi dari Sarawak iaitu Safar Ghaffar, Melissa Francis dan Timur Flores, selain artis legenda Sarawak seperti Noraini Khan, Wan Khalik, Dahlia Sulai, Andrew Shukri, Roffina Ahmad dan Nusantara Jazz.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU