ARTIKEL

Kredit: Kedutaan Malaysia di Beijing

Makanan popular Malaysia jadi rebutan rakyat pelbagai negara di festival di Beijing

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEIJING: Nasi lemak, lontong, rendang dan sate antara makanan popular Malaysia yang menjadi rebutan rakyat pelbagai negara pada Festival Gastronomi Malaysia 2024 di sini baru-baru ini.

Nadia Jovita, 29, dari Indonesia berkata beliau sangat teruja berpeluang merasai keenakan makanan dari Malaysia yang disifatkan mempunyai keunikan tersendiri.

“Saya tidak pernah berpeluang melawat Malaysia dan mencuba makanan mereka, jadi saya sangat gembira akhirnya dapat mencuba beberapa masakan popular melalui festival ini. Saya sangat suka nasi lemak, rasanya sangat enak.

“Makanan yang dihidangkan di sini juga mengingatkan saya kepada sajian Indonesia memandangkan negara kita berjiran. Saya berharap majlis ini dapat diadakan setiap tahun dan menjemput lebih ramai orang untuk mencuba masakan Malaysia,” katanya kepada Bernama.

Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Norman Muhamad (kiri) dan Timbalan Ketua Perwakilan Malaysia di Beijing Norfarina Mohd Azmee semasa sidang media selepas merasmikan Festival Gastronomi Malaysia 2024, Beijing.

Kira-kira 300 orang menghadiri program di Hotel Shangri-La, di sini dengan lebih 50 aneka makanan, kuih-muih dan buah-buahan tradisi Malaysia dihidangkan secara bufet, selain persembahan lagu-lagu tradisional Malaysia.

Antara menu yang turut dihidangkan program berkenaan ialah nasi dagang, mi goreng mamak, rojak buah, roti jala, roti canai, ais kacang, ais krim Malaysia, kuih ketayap dan kuih koci.

Dhambar Prasad Acharya, 30, dari Nepal pula menyifatkan kesemua makanan yang disajikan pada program tersebut sangat enak dan beliau tidak mahu melepaskan peluang merasai semua jenis makanan.

“Kepelbagaian hidangan yang ditampilkan amat luas dan sangat menarik, mencerminkan warisan yang kaya dan pengaruh pelbagai budaya Malaysia. Daripada rempah ratus hingga perisa yang rumit, setiap hidangan menawarkan rasa yang unik dan perjalanan kulinari yang menarik,” katanya yang meminati lontong.
Sementara itu wartawan daripada Dominica, Aaliyah Martin, 25, berkata festival ini sangat luar biasa dan beliau seronok dapat menyertai rakyat Malaysia dalam merasai serta mempelajari makanan serta budaya mereka.

“Penampilan cukup luar biasa ‘luar biasa!’ Kemesraan rakyat Malaysia sungguh hebat. Mereka menggalakkan kami mencuba pelbagai hidangan yang berbeza, dan kami cukup teruja untuk mencubanya.

“Makanan yang ditampilkan amat menakjubkan, cukup berperisa dan mengingatkan saya kepada perisa di tempat asal saya di Caribbean.

“Walaupun hidangannya berbeza, citarasanya terasa seperti sudah biasa dengannya, mencerminkan keindahan hubungan budaya,” katanya yang turut tidak melepaskan peluang menari tarian tradisional Melayu pada program itu.

Sementara itu Duta Besar Malaysia ke China Datuk Norman Muhamad berkata program tersebut berjaya memberi pendedahan kepada negara luar khusus China, bagi mengenali Malaysia dengan lebih dekat terutamanya dari aspek makanan.

“Idea ini sebenarnya merupakan sebahagian daripada diplomasi budaya kami, dan saya rasa bahagian terbaik yang patut dikongsi adalah makanan, gastronomi. Malaysia mempunyai tradisi gastronomi yang kaya dan menarik, serta wajar diketengahkan.

“Mungkin ada makanan yang sama di negara lain di Asia, tetapi cara menyajikannya serta rasanya adalah berbeza,” katanya yang turut bercadang mengetengahkan makanan Cina di Malaysia pada festival tersebut tahun depan.– BERNAMA

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU