Makmal orkid pertama di M’sia

KUCHING: Persatuan Orkid Sarawak (Sarorso) komited dalam memelihara spesies orkid tempatan dengan mewujudkan ‘Juma’ani In-Vitro Laboratory’ di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), di sini.

Presiden Sarorso Zurenawatee Zaidel berkata, makmal tersebut untuk membuat mikropropagasi atau pembenihan orkid.

Menurutnya, makmal dibina di MRSM adalah untuk menggalakkan penglibatan remaja khususnya di peringkat sekolah.

“Projek pembenihan orkid di makmal ini merupakan projek pertama dijalankan di Malaysia.

“Kami melibatkan pelajar sekolah kerana mereka merupakan generasi yang akan mewarisi spesies orkid pada masa akan datang,” katanya.

Zurenawatee berkata demikian kepada media selepas Majlis Perasmian ‘Juma’ani In Vitro Laboratory’ di MRSM, yang disempurnakan Presiden Sabati Sarawak yang juga Penaung Sarorso Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang di sini semalam.

Tambahnya, pihak mereka menjalankan kerjasama dengan MRSM, DBKU dalam menjayakan projek pembenihan orkid di sekolah itu.

“Buat masa ini, ia masih dalam tempoh percubaan dan jika berjaya kami akan mengembangkan projek pembenihan orkid di seluruh Sarawak.

“Pada masa akan datang, kita akan menjemput sekolah lain untuk datang menjalankan eksperimen dan belajar tentang mikropropagasi di sini,” jelasnya.

Makmal untuk menjalankan projek pembenihan orkid tersebut merupakan salah satu usaha pihak Sarorso mengelak masalah kepupusan.

“Dalam tempoh dua hari, projek pembenihan yang dijalankan

ia melibatkan lebih daripada 20 spesies orkid tempatan,” ujarnya.

Beliau turut menyatakan, terdapat wakil daripada Writhlington School Orchid Project iaitu Dr Simon Pugh Jones dan rombongan datang untuk berkongsi ilmu tentang pembenihan.

“Mereka akan menjalankan kerjasama terus dengan pijak kami dalam projek ini,” katanya.